OKU…Apa maksudnya singkatan ini?
Saya ada terbaca hasil penulisan seorang hamba Allah yang memerlukan petunjuk dari Allah Yang Maha Penyayang Lagi Mengasihani.. mengenai OKU. Jadi inilah rumusan saya mengenai maksud OKU..
*******
Ketika aku dalam kelas, aku menanyakan pelajarku apa OKU? Untuk pelajar yang baru berusia 13 tahun pastinya menjawab ORANG CACAT atau ORANG BUTA atau ORANG TAK BOLEH JALAN. Aku boleh menerima jawapan itu sebab pelajarku masih dalam proses belajar tentang dunia ini….TAPI aku tidak boleh menerima jawapan: ORANG KURANG UPAYA! Orang yang menjawab ini merupakan orang yang ‘dah makan banyak garam…’! Agaknya garam jenis apa ye?! Sampai tertutup pintu hati dan akalnya untuk menggunakan akal yang dikurniakan Tuhan kepada manusia. Aku ringkaskan orang sebegini adalah orang sombong dan angkuh dengan secebis ilmu yang mereka ada tapi tak berusaha mencernakan ilmu itu lantas ia tidak memberi erti langsung kepada si pemakai!
Pernahkah kita terfikir mengapa dunia ini dituruni hujan, diliputi hijau-hijauan, dipancarkan cahaya matahari, ditemani bulan pada malam hari, diceriakan kicauan burung pada siang hari……?
Pernahkah kita terfikir mengapa adanya OKU? Mereka ini bukannya KURANG UPAYA tapi sebenarnya ORANG TERPILIH untuk memastikan dunia dituruni hujan, dunia dipancarkan cahaya. Sedarlah manusia OKU ini mempunyai KELAINAN UPAYAnya yang dapat menepis bencana kerana Allah amat menyayangi mereka! Walaupun mereka tak boleh bercakap, berjalan dan melihat..mereka mempunyai HATI yang BERSIH!
Kita sebagai manusia normal sepatutnya menjaga kebajikan mereka bukannya mendouble standardkan status mereka.
Kenapa dikatakan double standard ?
OKU ini lebihnya adalah mendapat pelepasan cukai..tapi tak bermakna padaku sebab DUIT bukan segalanya! Bila kutanya apa lagi? Doktor tak mampu mengatakan apa2 lagi…
OKU ini kurangnya, kerana tiada pihak kerajaan memperjuangkan kelainan upaya yang mereka ada! Kurangnya, tiada pihak insuran yang mengiktiraf mereka kerana tiada yang mahu merangka polisi untuk golongan ini! Kurangnya lagi, semua badan kebajikan yang nak menjaga menagih duit ibubapa sahaja! Kurangnya lagi, peniaga marah jika mereka ada duduk dalam kawasan kedai! Kurangnya lagi, orang ramai merasakan mereka akan dijangkiti penyakit OKU jika bersamanya! Dan paling menyakitkan hati ialah orang ramai akan menyamakan kesemua adik-beradik si OKU itu adalah OKU juga!
Manusia yang merasakan diri mereka ini sempurna berbanding OKU selalu memandang rendah kepada golongan ini....Tidakkah mereka terfikir hikmah tuhan di sebalik kehadiran OKU ini di dalam kelompok masyarakat kita? Adakah mereka meremeh temehkan ciptaan tuhan iaitu OKU ini yang mana juga adalah makhluk ciptaannya? Dan akhirnya sedarkah mereka bahawa golongan yang merasakan mereka sempurna inilah golongan yang terbanyak sekali menghuni neraka jahannam dek kerana bongkak dan takbur merasakan diri mereka itu sempurna berbanding manusia lain.................Renung renungkan.....
FROM MY OWN VIEW : AKAL ADALAH PEMIMPIN KEBAIKAN TAPI KEBAIKAN TAKKAN TERJADI JIKA MANUSIA TIDAK MEMAHAMI ILMU YANG BERADA DALAM AKAL ITU…
No comments:
Post a Comment