Friday 15 April 2011

Pg ni hujan....jd byk la benda yg terpaksa dicancel nak buat. Teringat pulak kata2 member ttg beberapa siri reality di tv malaysia ni yg terang2 tidak langsung ada unsur2 ilmiah atau membangkitkan semangat jatidiri bangsa melayu tu sendiri...

Saya amat bersetuju dgn pandangan saudara ASMADI (sahabat saya) yg byk menyentuh ttg perkara yg pd kami inilah antara penyebab knp org2 melayu kita skrg menjadi terlalu obses kpd hiburan murahan ini. Maaf kalo ada yg tersinggung....


Byk contoh siri reality yg dilambak dan disaji pd penonton terutamanya org melayu seperti Mentor, Akademi Fantasia dan byk lg yg mana secara terang terangan membuat org2 melayu terus dibuai mimpi hiburan semata....( cuba perhati betul2....dr 10 atau 12 peserta tu, berapa kerat bangsa lain? kalau tak pun, semua mesti bangsa melayu....)
Banyak alasan yg kita akan dengar bila kita bertanya kepada mereka2 yg meminati siri picisan nie seperti " balik kerja tgk siri ni sbb nak relaxkan kepala".....saja nak tgk gelagat mereka yg bertanding" malah ada statement yg lebih bodoh keluar dr mulut mereka ialah " program ni bagus utk mencari bakat baru dlm nyanyian"....HAHAHAHA!!! bodohnya statement...
Kadang2 sedih melihat bangsa kita yg masih teramat bebal dlm memilih sesuatu yg berguna atau tidak kepada diri mereka sendiri. Saya dan sahabat sy dah puas bertanya kepada mereka yg meminati siri2 ini, dimanakah manfaat program seperti ini? TIDAK ADA sama sekali!!

Antara yg paling tidak disukai oleh org melayu ialah MEMBACA BUKU ILMIAH...( Bukan mangga atau Harian Metro ye...) Kenapa ini harus terjadi di kala org melayu berteriak mengatakan mereka dah mula sedar dan ingin menjadi bangsa yg maju dan berilmu sedangkan BUDAYA MEMBACA itu sendiri tidak ada dlm diri mereka. ( sy petik dr ayat sahabat sy Asmadi...)
Saya akui, membaca buku ilmiah bukan sesuatu yg mudah...( mengantuk adalah musuh utama ) tetapi, untuk mengatasinya ialah dgn membudayakan suka membaca dan bertanya ini. Mulakan dgn pembacaan yg ringan.
Jika kerajaan yg ada sekarang ini benar2 ingin melihat bangsa melayu ini menjadi bangsa maju, sudah tentu segala bentuk hiburan murahan lg bebal ini akan dikawal. Boleh ada hiburan, tetapi bukan di waktu perdana atau waktu puncak. Slotkan di waktu tgh mlm ( kalo nak bubuh sgt la). Dari segi ini juga sy melihat kerajaan ini sama bebalnya dgn program2 yg disajikan oleh tv...Hahahaha...
Jd jgn la marah bila rakyat anda kebanyakannya bodoh dan hanya tahu meminta itu ini dr kerajaan yg juga sama bodohnya.
Kepada mereka yg membaca artikel ini, sila gunakan otak anda yg telah diberi oleh ALLAH utk berfikir sejenak ttg apa yg sy nukilkan disini. ( boleh tgk sama ada anda bijak, pandai atau bengap ...kalo tak juga boleh befikir, anda mmg bengap..full stop!)

FROM MY OWN VIEW : Kepada saudara ASMADI, terima kasih kerana membuka minda saya ....heheheh...

No comments:

Post a Comment