Tuesday 12 April 2011

GURU

Saya rasa terpanggil utk meluahkan apa yang terbuku dihati melihatkan keadaan semasa di dlm bidang perguruan skrg ini. Seperti yg kita tahu, kerjaya guru satu masa dahulu adalah antara beberapa kerjaya yg amat mulia dan dipandang tinggi di mata masyarakat. Adakah skrg masih begitu? Mungkin ada perbezaan pendapat sebilangan antara kita. Itu adalah lumrah dan hak masing2.

Namun skrg ini boleh dikatakan amat kerap kita melihat di media cetak atau media elektronik ttg masalah2 yg terjadi didlm bidang perguruan ini dr masalah disiplin pelajar, bebanan kerja guru dan politik.

Pada pendapat saya, punca utma kepada masalah didlm bidang perguruan skrg ini adalah disebabkan dasar2 kerajaan dan campurtangan politik. Mengapa saya berkata demikian? Cuba kita renungkan semula dari zaman ibubapa kita atau datuk nenek kita. Bagaimana layanan atau kepercayaan atau penghormatan yg mereka berikan kepada guru2 yg mengajar anak2 mereka? Guru2 ini diberi sepenuh kepercayaan dan penghormatan seperti yg saya sendiri pernah dgr ungkapan seperti ini yg keluar dr mulut bapa saya semasa berjumpa guru kelas saya " Cikgu, saya izinkan cikgu marah atau pukul anak saya asalkan jgn mati atau patah. Saya nak anak saya ni jadi manusia bila besar nanti". Saya rasa saya tak pernah lagi dengar ungkapan sedemikian dari mulut mana2 ibu bapa yg pernah saya jumpa skrg ni.

Guru2 dahulu diberi kepercayaan dan kebebasan oleh pihak ibubapa dan pihak sekolah utk menggunakan inisiatif sendiri utk mendidik pelajar2 mereka. Kita dapat lihat rata2 mereka yg tamat pembelajaran di zaman ibubapa atau datuk nenek kita dahulu lebih berdisiplin dan mempunyai akhlak yg baik berbanding zaman sekarang. Sikap kita sbg ibu bapa juga memainkan peranan dlm menurunnya rasa hormat dan percaya kepada guru2 skrg ini. Kita bersikap lepas tangan dlm memberi kuasa kepada guru utk mendidik anak2 kita, namun apabila anak2 kita dihukum dgn rotan atau sbrg bentuk hukuman lain, kita melenting menyalahkan pihak guru tanpa menyelidiki dahulu betul atau salahnya anak kita sendiri. Kita terlalu terikut2 dgn fahaman barat yang menyatakan bahawa kaedah merotan atau menghukum pelajar adalah salah! kononnya, pelajar2 ini perlu diberi kaunseling, bukannya dirotan. Tapi, pernahkah kita terfikir, dizaman ibubapa dan datuk nenek kita dahulu, mereka lebih teruk dipukul dan dihukum oleh guru, tetapi pihak ibu bapa mereka tidak sesekali menyalahkan pihak guru dan sekolah, malah lebih menggalakkan lagi kaedah tersebut digunakan. Dan hasilnya kita dpt lihat ialah, kualiti pelajar yg dihasilkan semasa zaman mereka dahulu jauh lebih baik dr zaman kita skrg.

DASAR2 KERAJAAN pd saya turut memainkan peranan menjadikan profession perguruan dipandang rendah. Ini kerana skrg ini, kerajaan lebih menumpukan kepada menghasilkan pelajar yg mendapat A yg byk berbanding dgn sahsiah diri pelajar tersebut. Ini dapat dibuktikan dgn tekanan yg diberi oleh kementerian pelajaran terhadap pihak sekolah dlm mencapai agenda menghasilkan pelajar cemerlang ini. (jd akan wujud keadaan di mana pihak sekolah lebih menumpukan dlm usaha menghasilkan pelajar A dlm pelajaran dan bukannya dr segi disiplin dan sahsiah diri). Tekanan politik dr mereka yg berpengaruh juga turut mengganggu sistem perguruan. Sbg cth, guru disiplin sbnrnya TIDAK lg mempunyai kuasa penuh utk melaksanakan tanggungjwb mereka kerana gangguan dan tekanan politik ini.

Saya amat bersimpati dgn nasib guru2 ini skrg. Berbanding dgn guru2 yg mengajar saya di zaman saya dahulu, mereka kelihatan bersemangat dan dedikasikerana mengetahui yg pihak ibubapa, sekolah dan kerajaan berada di belakan mereka dan menyokong mereka. Tetapi TIDAK lg sekarang . Ibu bapa tidak lagi mempercayai guru, pihak sekolah akan bersikap lepas tangan dlm hal2 yg melibatkan masalah diantara guru disiplin dan pelajar dan kerajaan sendiri yg mengutamakan politik dan tidak mempunyai prinsip serta tidak tetap pendirian. Dasar kerajaan boleh berubah2 dlm sekelip mata bukan kerana mahu memperbaiki kelemahan yg ada, tetapi lebih kepada tekanan politik dan takut hilang undi....

Adakah apa yg saya cakap ttg kerajaan ini salah? WALLAHUALAM......Anda yg membaca nilaikan sendiri...


:FROM MY OWN VIEW......Tanpa guru, siapalah kita....jd ingat2lah jasa guru pada kita walaupun kita pernah dimaki atau dipukul dahulu oleh mereka...itulah yg menjadikan kita manusia skrg ni....














 

No comments:

Post a Comment