Sunday 17 April 2011

BENARKAH BILANGAN AYAT AYAT AL QURAN BERJUMLAH 6666?

KITAB suci al-Quran mengandungi 114 surah iaitu 86 surah Makiyyah dan 28 surah Madiniyyah. Jumlah ayatnya pula adalah 6,236 ayat iaitu 4,613 ayat Makkiyah dan 1,623 ayat Madiniyyah.

Ayat Makiyyah diturunkan di Makkah atau sebelum Nabi Muhammad saw berhijrah ke Madinah

Ayat Madaniyyah diturunkan di Madinah atau selepas Nabi berhijrah ke Madinah.

Perbezaan ayat Makiyyah dan Madiniyyah:

- Ayat Makiyyah pada umumnya pendek-pendek, sedangkan ayat Madiniyyah panjang-panjang.

- Surah Madiniyyah adalah 11/30 daripada isi al-Quran dan selebihnya, surah Makiyyah.

- Keseluruhan juz 28 adalah ayat Madiniyyah kecuali surah Mumtahinah dan ayatnya berjumlah 137. Juz 29 adalah ayat Makiyyah kecuali surah Ad-Dahr dan ayatnya berjumlah 431.

Surah al-Anfaal dan surah al-Syu'araa masing-masing setengah juz, tetapi yang pertama ayat Madiniyyah dengan bilangan ayat sebanyak 75, sedangkan yang kedua ayat Makiyyah dengan ayatnya berjumlah 227.

- Dalam surah Madiniyyah ada perkataan ‘ya ayyuhalladzina aamanu’ dan hanya sedikit perkataan "yaa ayyuhannaas", sedangkan dalam surah Makiyyah pula adalah sebaliknya.

- Ayat Makiyyah pada umumnya mengandungi hal berhubung keimanan, ancaman dan pahala. Begitu juga kisah umat terdahulu yang mengandungi pengajaran dan budi pekerti.

Ayat Madiniyyah pula mengandungi hukum, baik yang berhubungan dengan hukum adat atau duniawi, seperti hukum kemasyarakatan, ketatanegaraan, perang, hubungan antarabangsa dan antara agama.

Isi ajaran yang terkandung dalam al-Quran meliputi tiga fasa iaitu:

- Cerita atau peraturan (masalah) masa lampau (sejak penciptaan malaikat, langit dan bumi dan sebagainya).

- Peraturan masa kini (ketika al-Quran diturunkan).

- Peraturan untuk masa depan (sejak masa Rasulullah saw, masa kini dan seterusnya hari kiamat).




BILANGAN AYAT AL-QURAN 6666?
Dengan nama Allah, kerana dengan namaNya itu tidak ada sesuatupun yang dapat memberi mudarat di bumi dan di langit...


Benarkah bilangan ayat al-Quran sebanyak 6666 ayat?

Jawapannya adalah salah(???). Mari kita lihat perbahasan ulama dalam hal ini.


Perbahasan Ulama
Sahabat-sahabat yang dikasihi sekelian, di sana ulama tidak bersepakat dalam menentukan bilangan ayat al-Quran atas beberapa faktor yang akan saya kupaskan kemudian. Ilmu ini dibincang secara mendalam oleh ulama, dan ilmu ini diberi nama Ilmu Fawasil.

Fawasil ialah satu ilmu yang membahaskan tentang surah dan bilangan ayat al-Quran secara khusus dari segi bilangan ayat bagi satu-satu surah, hujung setiap ayat (ra'su al-ayah), dan permulaan ayat.

Mulanya mari kita lihat berapa bilangan ayat al-Quran yang sebenarnya di sisi ulama seperti berikut :

1) Di sisi Ulama Kufah terbahagi kepada 2 pendapat :
i) Pendapat pertama - 6217
ii) Pendapat kedua - 6236. Pendapat ini yang digunapakai untuk kebanyakan Mashaf dengan Qiraat Hafs dari Imam 'Asim.Inilah yang perlu dipegang oleh umat Islam.

2) Di sisi Ulama Madinah (kelompok pertama) terbahagi kepada 2 pendapat juga :
i) Pendapat pertama - 6217
ii) Pendapat kedua - 6214

3) Ulama Madinah (kelompok kedua) - 6214

4) Ulama Makki - 6210

5) Ulama Syam terbahagi kepada 3 pendapat :
i) Pendapat pertama - 6226
ii) Pendapat kedua - 6227
iii) Pendapat ketiga (pendapat Ulama Himsi) - 6232


Mengapa berlaku perselisihan dalam membilang ayat al-Quran?

Pertama sekali, kita perlu melihat dari sudut mengapa ulama bersungguh-sungguh dalam membentuk ilmu ini? Menyusun dan meletakkan kaedah-kaedah secara terperinci dengan sehabis-habis kesungguhan.

Ini adalah kerana dari kesungguhan al-Salaf al-Soleh sendiri iaitu para sahabat ra yang hidup bersama-sama dengan Nabi saw, yang mereka ini sering memerhati, melihat dan mengambilkira semua gerak-geri, pertuturan, dan pendirian Nabi saw.

Nabi saw sendiri mengaku akan kesungguhan mereka dalam berpegang dengan agama Islam seperti sabda Baginda saw :

"Sebaik-baik umatku adalah kurun yang aku diutuskan kepada mereka, kemudian kurun yang berikutnya ".
( Riwayat Muslim dalam sahihnya, hadis ke-2534)

Sini bermaksud, bahawasanya merekalah orang yang bersungguh dalam menjelaskan bilangan ayat-ayat al-Quran dan huruf-hurufnya. Sukanya mereka mengira-ngira ayat al-Quran ketika dalam solat. Sibuk mengira-ngira dengan jari-jemari mereka ketika solat akan berapa ayat yang sudah dibaca oleh Nabi saw atau mereka sendiri ketika solat malam dan sebagainya kerana anjuran dari Nabi saw supaya mereka meraih sebanyak mungkin pahala membaca dengan bilangan tertentu.

Berkata Abdullah bin Umar ra :

"Sesiapa yang membaca ketika malam sepuluh ayat maka dia tidak ditulis dari al-ghofilin (golongan pelupa), dan sesiapa yang membaca seratus ayat maka dia ditulis dari al-qonotin (golongan yang taat dan khusyuk), dan sesiapa yang membaca dua ratus ayat maka dia ditulis dari al-fa izin (golongan yang berjaya)."
(Riwayat al-Darimi hadis ke-3457).

Berkata Tamim al-Dari dan Fadholah bin 'Ubaid :

"Sesiapa yang baca lima puluh ayat pada waktu malam maka dia ditulis dari golongan al-hafizin (golongan yang menghafaz)".
(Riwayat al-Darimi hadis ke-3447).

Dan sabda Baginda saw :
"Dan sesiapa yang membaca pada waktu malam lima ratus hingga seribu ayat maka untuknya satu qintor (dari pahala) di Hari Akhirat kelak". Mereka bertanya : "Apa dia qintor?" Maka Sabda Baginda : "Dua belas ribu".
(Riwayat al-Darimi hadis ke-3459).

Oleh kerana hal demikian, haloba yang bersangatan para sahabat ra dan umat Islam selepas itu mengira-ngira dengan jari-jemari mereka di dalam sembahyang untuk mengetahui bilangan ayat yang sudah dibaca demi meraih pahala yang telah dijanjikan.

Di situ, ada kemungkinan sahabat A yang sedang solat di belakang Rasulullah saw mengira ayat yang dibaca oleh Baginda saw adalah sebanyak sekian-sekian. Kemudian dia keluar kota demi urusan dakwah dan sebagainya. Di hari yang lain pula, Baginda saw baca dari surah yang sama tapi sahabat B pula kira ayat tersebut dengan bilangan yang berbeza dari sahabat yang pertama tadi. Mungkin ada perbezaan dari segi cara berhenti dan cara mengambil ayat semula oleh Baginda saw pada dua malam tersebut. Maka, akhirnya sudah tentu ada jalan periwayatan yang berbeza dengan maklumat yang berbeza.

Sebagai contoh Nabi saw bersabda :

"Fatihah al-Kitab dia adalah tujuh ayat yang sering diulang-ulang"
(Riwayat al-Darimi hadis ke-3372)

Ulama Kufi dan Makki mengira (( بسم الله الرحمن الرحيم )) sebagai satu ayat, dengan mengambilkira dari riwayat Ummu Salamah ra bahawa Nabi membaca : "(( الحمد لله رب العالمين )) kemudian Nabi berhenti, (( الرحمن الرحيم )) kemudian berhenti, dan Nabi Membaca (( ملك يوم الدين )) (tanpa Alif Mad).
(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Turmizi)

Abdu Khair berkata : "Ali pernah ditanya tentang السبع المثانى ". Maka beliau menjawab : (( الحمد لله رب العالمين )) sehingga akhir, kemudian ditanya : "Semua itu enam ayat sahaja". Maka beliau berkata: (( بسم الله الرحمن الرحيم )) adalah satu ayat.
(Riwayat al-Darqutni dan al-Baihaqi di al-Kubra).

Sedangkan ulama Fawasil yang lain tidak mengira basmalah sebagai satu ayat, bahkan mengira (( أنعمت عليهم )) sebagai satu ayat pula.

Selain dari itu, para sahabat melihat dari sudut kesamaan hujung setiap ayat (ra'su al-ayah), ini juga adalah satu faktor kerana berlaku perbezaan dalam mengira bilangan ayat al-Quran.

Sebagai contoh dalam surah al-Naas :
Setengah ulama mengira (( من شر الوسواس الخناس )) sebagai hujung ayat, sedangkan sebahagian yang lain hanya mengira setakat (( الوسواس )) sebagai hujung ayat.

Demikianlah sebahagian faktor penyebab berlaku perbezaan dalam menentukan bilangan ayat al-Quran yang sempat saya muatkan di sini.

Untuk lebih mengetahui faktor-faktor tersebut perlukan kepada perbahasan yang panjang dan secara khusus. Namun di sini sekurang-kurangnya kita sudah mengetahui keadaan sebenar yang berlaku. Adapun di masa lain akan saya kupaskan pula dari sudut menentukan bilangan ayat ini adakah dari ijtihad para ulama ataupun ada asas dari Baginda saw, serta faedah ilmu ini dibincangkan. Wallahu a'lam

(Jadi bagaimana timbulnya Ayat yang berjumlah 6666 itu??..adakah dengan mengambil kalkulator dan mengira kesemua jumlah tersebut akan mendapat ayat berjumlah 6326??jawapannya memang benar..

SURAH2 DALAM AL QURAN :
---------------------
No. Nama Surah Ayat
1 Al-Fatihah 7
2 Al-Baqarah 286
3 Ali 'Imran 200
4 An-Nisa' 176
5 Al-Ma'idah 120
6 Al-An'am 165
7 Al-A’raf 206
8 Al-Anfal 75
9 At-Taubah 129
10 Yunus 109
11 Hud 123
12 Yusuf 111
13 Ar-Ra’d 43
14 Ibrahim 52
15 Al-Hijr 99
16 An-Nahl 128
17 Al-Isra' 111
18 Al-Kahf 110
19 Maryam 98
20 Ta Ha 135
21 Al-Anbiya 112
22 Al-Hajj 78
23 Al-Mu’minun 118
24 An-Nur 64
25 Al-Furqan 77
26 Asy-Syu'ara' 227
27 An-Naml 93
28 Al-Qasas 88
29 Al-'Ankabut 69
30 Ar-Rum 60
31 Luqman 34
32 As-Sajdah 30
33 Al-Ahzab 73
34 Saba’ 54
35 Fatir 45
36 Ya Sin 83
37 As-Saffat 182
38 Sad 88
39 Az-Zumar 75
40 Al-Mu’min 85
41 Fussilat 54
42 Asy-Syura 53
43 Az-Zukhruf 89
44 Ad-Dukhan 59
45 Al-Jasiyah 37
46 Al-Ahqaf 35
47 Muhammad 38
48 Al-Fath 29
49 Al-Hujurat 18
50 Qaf 45
51 Az-Zariyat 60
52 At-Tur 49
53 An-Najm 62
54 Al-Qamar 55
55 Ar-Rahman 78
56 Al-Waqi’ah 96
57 Al-Hadid 29
58 Al-Mujadilah 22
59 Al-Hasyr 24
60 Al-Mumtahanah 13
61 As-Saff 14
62 Al-Jumu’ah 11
63 Al-Munafiqun 11
64 At-Tagabun 18
65 At-Talaq 12
66 At-Tahrim 12
67 Al-Mulk 30
68 Al-Qalam 52
69 Al-Haqqah 52
70 Al-Ma’arij 44
71 Nuh 28
72 Al-Jinn 28
73 Al-Muzzammil 20
74 Al-Muddassir 56
75 Al-Qiyamah 40
76 Al-Insan 31
77 Al-Mursalat 50
78 An-Naba’ 40
79 An-Nazi’at 46
80 'Abasa 42
81 At-Takwir 29
82 Al-Infitar 19
83 Al-Tatfif 36
84 Al-Insyiqaq 25
85 Al-Buruj 22
86 At-Tariq 17
87 Al-A’la 19
88 Al-Gasyiyah 26
89 Al-Fajr 30
90 Al-Balad 20
91 Asy-Syams 15
92 Al-Lail 21
93 Ad-Duha 11
94 Al-Insyirah 8
95 At-Tin 8
96 Al-'Alaq 19
97 Al-Qadr 5
98 Al-Bayyinah 8
99 Az-Zalzalah 8
100 Al-'Adiyat 11
101 Al-Qari'ah 11
102 At-Takasur 8
103 Al-'Asr 3
104 Al-Humazah 9
105 Al-Fil 5
106 Quraisy 4
107 Al-Ma’un 7
108 Al-Kausar 3
109 Al-Kafirun 6
110 An-Nasr 3
111 Al-Lahab 5
112 Al-Ikhlas 4
113 Al-Falaq 5
114 An-Nas 6

Jumlah ayat 6236 ...
FROM MY OWN VIEW :  Artikel ini saya terima melalui email dr teman. Diharap dgn perkongsian ini, kita memperolehi manfaat darinya.....

No comments:

Post a Comment