Sunday 17 April 2011

CIRI CIRI WANG PALSU MALAYSIA

Ciri-Ciri Wang Palsu Malaysia


Matawang Malaysia adalah Ringgit Malaysia (RM) yang diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Sejak tahun 1967, Bank Negara Malaysia menerbitkan sejumlah tiga siri wang kertas dan dua siri duit syiling untuk edaran umum.


Hanya wang yang diterbitkan Bank Negara 
Malaysia sahaja yang sah diperlakukan dengan nilai (iaitu sah digunakan di Malaysia) dan tiada sesiapapun yang dibenarkan untuk menghasilkan wang Malaysia tanpa kebenaran BankNegara Malaysia.

Sebarang gambar, lukisan atau reka bentuk sebahagian atau semua wang kertas atau duit syiling yang digunakan untuk tujuan pengiklanan adalah dilarang sama sekali tanpa kebenaran Bank Negara 
Malaysia.

Ciri-ciri Keselamatan Wang Kertas
Gunakan panduan berikut untuk memastikan kesahihan wang kertas:

 
 
Potret Yang di-Pertuan Agong
Potret Yang di-Pertuan Agong Pertama yang terdapat pada sebelah kanan wang kertas adalah salah satu ciri pencegah pemalsuan yang sukar untuk disalin atau dikeluarkan semua.

CONTOH
1) Potret Tanda Bayang
      Imej samar-samar potret Yang di-Pertuan Agong Pertama samar-samar boleh dilihat pada petak kosong di sebelah kiri wang kertas boleh dilihat jika diperhatikan pada cahaya.

   2) Benang Keselamatan
      Benang keselamatan ini ditenun di permukaan sebelah belakang wang kertas. Apabila diperhatikan pada cahaya, benang ini kelihatan seperti satu garis lurus kehitaman dengan teks dan nombor yang berkenaan tercetak berulang kali.
 

    3)Ciri-ciri LEAD
      Untuk wang kertas RM 50 dan RM 100, terdapat jalur hologram yang berkilau pada sebelah kanan wang kertas tersebut. Jalur ini mengandungi:

       *  Imej yang sama tercetak pada sebelah kanan potret Yang di-Pertuan Agong Pertama
 
  *  Imej denominasi (contohnya RM 50)
 
 *   Imej huruf-huruf BNM

   4)
Ciri-ciri PEAK
     
Ciri-ciri PEAK terdapat di bahagian tengah wang kertas. Apabila dilihat daripada sudut berlainan, angka denominasi boleh dilihat di pertengahan kotak.

    5)Tanda Pandang Telus
      Imej bunga raya di bahagian atas dan bawah wang kertas adalah serupa di kedua-dua belah permukaan (depan dan belakang) wang kertas.

   6) Cetakan Intaglio
      Potret Yang di-Pertuan Agong Pertama, nombor denominasi dan perkataan BANK NEGARA 
MALAYSIA dicetak dengan beberapa lapisan dakwat halus untuk menghasilkan kesan timbul.    


FROM MY OWN VIEW :  Kerapkali wang palsu ini didapati pd not RM 50....

No comments:

Post a Comment