Wednesday 23 March 2011

THE ILLUMINATI


Illuminati adalah sebuah pertubuhan rahsia yang secara spesifiknya merujuk kepada The Bavarian Illuminati, pertubuhan yang ditubuhkan pada 1 May 1776 di Bavaria. Di era moden ini mereka lebih diketahui sebagai dalang2 di sebalik tabir yang mengawal aturan perjalanan kerajaan dan negara di dunia. Mereka juga diketahui sebagai mastermind kepada penubuhan  NEW WORLD ORDER.

Secara ringkasnya illuminati ditubuhkan pada 1 May 1776 di Ingolstadt (Upper Bavaria) sebagai The Order of Illuminati yang pada awalnya mempunyai keahlian hanya 5 orang. Ianya hasil cetusan idea seorang professor undang2 dari university of Ingolstadt bernama ADAM WEISHAUPT.



Pergerakan ini dianggotai oleh Freethinkers dan menjadi model ikutan kepada sebuah lagi pertubuhan rahsia iaitu FREEMASON.
Namun, apabila Karl Theodor yang juga seorang anti kepada gerakan enlightment ini menjadi pemerintah Bavaria pada 1776, segala bentuk pertubuhan rahsia secara rasminya diharamkan dari wujud pada 1784. Dan pada 1785, keputusan mahkamah telah menjadikan pertubuhan ini hampir berkubur . Akibat dari ini, segala dokumen mengenai pergerakan ini telah dirampas, Adam Weishaupt juga melarikan diri dan dokumen rampasan tersebut telah diterbitkan oleh kerajaan untuk pengetahuan umum mengenai plot yang dirancang oleh pergerakan ini yang mana terdapat beberapa pengkaji mengatakan REVOLUSI PERANCHIS juga adalah hasil dari plot yang dirancang oleh Illuminati.




Setelah apa yang terjadi pada tahun 1785 itu, ramai menyangka bahawa pertubuhan Illuminati ini telah berkubur, namun terdapat beberapa bukti yang mengatakan pertubuhan ini masih tetap wujud sehingga ke hari ini.

From My Own View : Pada pandangan kami, apa yang membimbangkan ialah gerakan ini adalah pelopor utama kepada gerakan penghapusan sistem beragama yang mana musuh utama kepada gerakan ini ialah agama Islam itu sendiri. Kami akan mengupas lebih lanjut di dalam posting yang akan datang.

No comments:

Post a Comment