Adolf Hitler adalah kelahiran Austria di Braunau am Inn semasa pemerintahan kerajaan Austria - Hungary.
Beliau adalah seorang yang meminati seni mempunyai cita2 menjadi seorang arkitek. Memohon untuk memasuki Academy of Fine Arts Vienna, namun ditolak sebanyak 2 kali atas alasan yang mengarut dan tidak munasabah. Ianya adalah kerana alasan yang digunapakai untuk menolak permohonan Hitler menurut pihak akademi tersebut ialah hitler tidak mampu untuk melukis atau menzahirkan sesuatu lukisan berbentuk potret atau rupa wajah manusia. Ini dapat dilihat dari beberapa koleksi lukisan Hitler yang banyak menonjolkan lukisan situasi sesuatu keadaan atau alam sekeliling. Tidak dapat dipastikan dengan tepat adakah sememangnya Hitler tidak mampu untuk melukis potret atau sengaja tidak mahu atas sebab2 tersendiri.
Beberapa contoh lukisan hasilan Adolf Hitler
Adolf Hitler juga merupakan seorang yang diberi kelebihan berpidato yang mampu memukau hadirin yang mendengar (demagog). Beliau adalah salah satu dari beberapa orang orator terbaik yanag mampu memberi impak dan kesan yang ketara di dlalam sesuatu pidato. Lenggok gaya, susunan ayat serta fakta yang terperinci dan tepat, menjadikan beliau mampu menarik minat dan sekaligus membuat beliau dipandang sebagai seorang yang penuh semangat dan karismatik.
Di akhir2 riwayat hidupnya di dalam bunker semasa serangan kolossal pihak Rusia, Hitler dikatakan menjadi seorang vegetarian ( hanya memakan sayuran dan mengelak makanan berdaging). Dan beliau juga tidak mempunyai tabiat merokok dan amat tidak menyenangi tabiat merokok di kalangan staf bawahannya. ( ini dibuktikan dengan setiap tempat yang dilawati atau Hitler berada di situ, merokok di haramkan sama sekali )
Kesan ketara perubahan tubuh badan Hitler ketika di akhir2 perang akibat dari tekanan situasi perang dan amalan vegetarian beliau
Hitler semasa perang dunia pertama bertugas di dalam 16th Bavarian Reserve Regiment sebagai regimental runner ataupun penyampai pesanan atau arahan semasa peperangan. Pangkat terakhir yanag disandangnya ialah koperal ( unteroffizier ) dengan medali Iron Cross 2nd class untuk keberanian yang ditunjukkan semasa perang.
Namun, Fakta paling menarik sekali tentang Adolf Hitler ialah tidak ada sesiapa pun dapat mengesahkan dengan tepat berdasarkan bukti yang ada bahawa Adolf Hitler mati di dalam fuhrerbunker pada 30 April 1945. Ini kerana terdapat bukti terbaru hasil dari penyelidikan sains forensik terhadap cebisan tengkorak yang dikatakan milik Hitler didapati kepunyaan seorang wanita berusia lingkungan 30an. Terdapat banyak hujah lain yang mengatakan Hitler tidak mati membunuh diri di dalam bunker tersebut. Dan sehingga sekarang, kajian masih dilakukan dan pencarian fakta sahih masih terus diadakan bagi mencari bukti tentang cara, masa dan dimana lokasi sebenar Adolf Hitler meninggal dunia.
From my own view: Ramai yang mengatakan Hitler ini kejam dan seorang diktator, ada benar dan ada juga yang boleh dibahaskan. terutamanya dlm bab yang mengatakan beliau kejam.....Rasanya secara psikologinya, mereka yang mempunyai sifat artistik atau meminati seni tidaklah bersifat kejam. Dan juga bg seorang yang vegetarian, kejam rasanya tak sesuai utk dilabel padanya.
No comments:
Post a Comment