Tuesday, 12 April 2011

PANDAI ATAU BIJAK

Keputusan SPM dan Pmr telah lama keluar. Dapat kita lihat ramai pelajar yang mendapat keputusan yang baik. Kita mengucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya dgn cemerlang. Mereka yang cemerlang ini adalah dikategorikan sbg pelajar PANDAI. Tetapi, tidak ramai dikalangan mereka yang cemerlang ini dan pandai ini termasuk dlm kategori bijak!
Ramai diantara kita menyamakan maksud pandai dan bijak. Sbnrnya terdapat perbezaan yg amat besar diantara pandai dan bijak ini.

PANDAI lebih merujuk kepada kebolehan seseorg didlm melakukan sesuatu pekerjaan ( spt belajar, bertukang, memasak...etc)
BIJAK lebih menjurus kepada kebolehan seseorg itu utk berfikir secara kritis dan logik serta mempunyai kemahiran survivaliti. ( mempunyai kepandaian dlm sains yg dipelajari dan bijak utk menggunakan kepandaiannya dlm sains utk kegunaan seharian)

Semua manusia di kurniakan Allah dgn kepandaian,tetapi kebijaksanaan hanya diberi kepada mereka yg mahu berfikir dan menggunakan akal. Kebanyakan ibubapa dizaman ini lebih menumpukan kepada pencapaian akademik anak2 mereka berdasarkan jumlah A yg dicapai didlm peperiksaan. Benar, lebih byk jumlah A adalah menunjukkan yg pelajar itu pandai, TETAPI tidak semestinya bijak!
Ramai ibubapa yg lupa bahawa utk hidup dizaman yg serba mencabar ini, tidak cukup dgn hanya berbekalkan kepandaian di dlm peperiksaan, tetapi mestilah dibekalkan dgn kebijaksanaan utk berfikir secara logik dan kritis di dlm kehidupan sosial seharian.
Pernah saya terbaca dr pengalaman seorg guru ini yg mengikut pengalamannya, murid yg pandai dan cemerlang semasa di sekolah dan universiti, tidak mampu utk terus sukses atau berjaya didlm kehidupan yg nyata. ini kerana pelajar yg pandai ini tidak mempunyai kemampuan survivaliti dan kemampuan berfikir secra logik dan kritis yg mana itu adalah elemen terpenting yg perlu ada dlm diri setiap manusia utk menempuh kehidupan nyata. Dan seringkali mereka yg pandai ini akhirnya berada di bwh golongan yg dahulunya semasa didlm alam pembelajaran di peringkat sekolah atau universiti tidak begitu cemerlang. Ini juga boleh dinyatakan dgn jelas kenapa fenomena ini byk terjadi. Mereka yg kurang cemerlang ini selalunya lebih menumpukan kepada hubungan sosial yg diluar konteks pembelajaran , lebih kepada survivaliti dan logik. Sbg cth dr pengalaman sy sendiri semasa belajar di peringkat universiti, rakan sekelas sy yg cemerlang lebih menumpukan terhadap pembelajaran dan kurang aktiviti yg menjurus kepada pembentukan survivaliti. Manakala rakan saya yg kurang cemerlang ini pula, mempunyai bermacam2 agenda spt bekerja semasa belajar, melakukan aktiviti yg menjurus kepada hubungan sosial spt mencari kenalan ( bahasa pasarnya 'contact atau cable') yg mana ini amat2 diperlukan apabila kita selesai pengajian dan mel;angkah ke alam pekerjaan sbnr. Ditakdirkan, kedua manusia ini akhirnya bekerja di dlm satu syarikat dan yg agak mengejutkan adalah rakan sy yg cemerlang semasa belajar ini , pangkatnya dan kemampuan berfikir secara logik dan kritisnya kurang dr rakan saya yg kurang cemerlang ini.


:FROM MY OWN VIEW.....sbg ibubapa kita perlu memastikan yg anak2 kita bukan sahaja pandai di dlm pelajaran, tetapi mempunyai kemampuan utk berfikir secara logik dan kritis utk survivaliti mereka.

1 comment: