Saturday, 30 April 2011

MISTERI ANGKA 6

MISTERI ANGKA 6



            Secara umum, tafsiran kepada ‘6’ adalah angka, nombor, bilangan dan kemungkinannya salah satu digit dalam pengiraan. ‘6’ juga mempunyai konotation yang positif dan negatif di kalangan orang ramai. Tapi tahukah anda mengenai misteri ‘6’ dikalangan muslim?...

Ini adalah huraian yang diberikan oleh ayahku apabila aku bertanyakan misteri angka 6......disini aku kongsikan ilmunya mudah-mudahan dapat kita manfaat bersama...
Mukadimahnya.....

            Nasihat kekasih Allah SWT iaitu Nabi Muhammad SAW menyatakan 6 jenis manusia yang dikutuk Allah SWT dan Rasul :

1.        Orang yang menambah isi Al Quran dengan tafsiran yang menyimpang.
2.       Orang yang mendustakan takdir Allah SWT.
3.       Orang yang berkuasa suka memaksa dan takabur, memuliakan orang yang dihina Allah dan menghina orang yang dimuliakan Allah SWT.
4.       Orang yang menghalalkan sesuatu yang diharamkan Tuhan di Mekah.
5.       Orang yang menghalalkan apa-apa yang telah diharamkan.
6.       Orang yang meninggalkan sunnah. Allah tidak memandang mereka dengan pandangan kasihan.

Seterusnya , Ayahku menyambung lagi.....

Saidina Abu Bakar berpesan manusia berdiri di 6 persimpangan.

1.       Iblis berdiri dihadapanmu....mengajakmu meninggalkan agama.
2.       Jiwa disebelah kananmu.....mengajakmu ke arah maksiat.
3.       Nafsu disebelah kirimu.... mengajakmu memenuhi nafsu syahwat.
4.       Dunia dibelakangmu.... mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat.
5.       Semua anggota tubuh disekitar dirimu.... mengajakmu melakukan dosa.
6.       Allah di atas mu...mengajakmu ke syurga dengan keampunanNya.
MAKA....
1.       Sesiapa yang memenuhi ajakan iblis, hilanglah agama dari dirinya.
2.       Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, hilanglah nilai nyawanya.
3.       Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsu, hilanglah akal dari dirinya.
4.       Sesiapa yang memenuhi ajakan dunia, hilanglah akhirat darinya.
5.       Sesiapa yang memenuhi ajakan anggota tubuh, hilanglah syurga darinya.
6.       Sesiapa yang memenuhi ajakan Allah SWT, hilanglah dari dirinya semua kejahatan dan segala kebaikan akan datang padanya!!!

Percayalah bahawa 6 macam yang disembunyikan Allah dalam 6 perkara.... (diriwayatkan oleh Saidina Umar)
1.       Allah telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
2.       Allah menyembunyikan murkaNya dalam maksiat.
3.       Allah menyembunyikan namaNya dalam Al-Quran.
4.       Allah menyembunyikan Lailatul Qadar dalam Bulan Ramadhan.
5.       Allah menyembunyikan solat yang utama dalam solat 5 waktu.
6.       Allah juga menyembunyikan tarikh berlakunya Kiamat.

Oleh itu, kita sepatutnya sentiasa berada dalam 6 jenis rasa takut.......(diriwayatkan oleh Saidina Usman)

1.       Takut kalau Allah mencabut imanmu.
2.       Takut kalau malaikat-malaikat yang mencatat amal menulis perbuatanmu yang akan membuka aibmu di akhirat.
3.       Takut kalau syaitan merosakkan amalmu.
4.       Takut diri ditipu dengan dunia hingga ia melalaikanmu dari mengejar hari akhirat.
5.       Takut malaikat mencabut nyawamu dengan tiba-tiba sedangkanmu dalam kelalaian.
6.       Takut kalau keluargamu membuat sibuk dan lalai dari mengingati ALLAH SWT!

Ingatlah, anakku......
6 perkara yang dapat membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka.....(diriwayatkan oleh Saidina Ali)
1.       Mengenal Allah lalu mematuhi perintahNya.
2.       Mengenal syaitan lalu menderhakainya.
3.       Mengenal akhirat lalu mencarinya.
4.       Mengenal dunia kemudian menolaknya.
5.       Mengenal hak kemudian mengikatinya.
6.       Mengenal yang batil kemudian menjauhinya.

DAN
6 perkara yang dapat menandingi semua kehebatan dunia....
1.       Makanan yang lazat.
2.       Anak yang soleh.
3.       Isteri yang taat.
4.       Perkataan yang tersusun baik.
5.       Akal yang sempurna.
6.       Badan yang sihat.





Janganlah lupa wahai anakku...
6 kenikmatan yang kita perolehi yang tidak kita sedari...(diriwayatkan oleh Saidina Ali)
1.       Islam
2.       Al-Quran
3.       Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul Allah.
4.       Kesihatan
5.       Tertutunya aib.
6.       Tiada mengharap bantuan orang.

6 perkara yang merosakkan hati... (Hassan Basri)                                
1.       Mereka melakukan dosa dengan harapan akan bertaubat.
2.       Mereka menuntut ilmu tetapi tidak mahu mengamalkannya.
3.       Beramal tidak ikhlas.
4.       Mereka makan rezeki dari Allah tetapi tidak mahu bersyukur.
5.       Mereka tidak redha dengan pemberian Allah.
6.       Mereka mengkebumikan orang mati tetapi tidak mahu mengambil iktibar.

6 jenis hukuman akan diberikan kepada orang yang mengutamakan dunia dari akhirat...
TIGA di dunia: -
1.       Ia tersiksa disebabkan angan-angan yang tidak berkesudahan.
2.       Ia sentiasa tamak dan tidak pernah rasa cukup.
3.       Ditarik daripadanya kelazatan beribadah.
TIGA di akhirat :-
1.       Merasa kedahsyatan di hari Kiamat.
2.       Mengalami perhitungan yang berat.
3.       Menyesal tak sudah.



MAKA …Bertaubatlah wahai anakku…….
6 tanda taubatmu diterima….
1.       Hamba yang telah bertaubat itu akan melihat bahawa dirinya masih belum suci dari dosa.
2.       Ia melihat perasaan gembira telah hilang dari hatinya ialah perasaan sedih.
3.       Ia suka mendekati orang-orang yang baik dan menjauhi dari orang yang jahat.
4.       Walaupun sedikit rezeki yang dapat, tapi ia tetap melihat banyak. Walaupun amal akhirat banyak tetapi ia tetap melihatnya sedikit.
5.       Ia melihat dirinya tetap sibuk melaksanakan tugas kewajipan terhadap Allah, tidak sedikitpun sibuk menguruskan rezekinya yang telah dijamin Allah SWT.
6.       Senantiasa menjaga lidah, selalu bertafakur serta tetap dalam keadaan sedih dan menyesal.

Ayahku mengakhiri huraiannya mengenai angka 6 dengan berpesan……
1.       Ilmu adalah petunjuk amal.
2.       Faham adalah peti ilmu.
3.       Akal adalah pemimpin pada kebaikan.
4.       Nafsu adalah kapal dosa.
5.       Harta adalah jubah bagi orang sombong.
6.       Dunia adalah pekan akhirat.                                       (Pesanan Yahya Muaz Ar Razi)


From my own view : Itulah huraian panjang lebar dari  ayah (Hj Mohd Hariri) yang kami pegang selamanya! Terima kasih Ayah kerana memberikan ilmu yang tiada nilainya……..


No comments:

Post a Comment